Saturday 28 May 2011

PERLU YAKIN DENGAN APA?

* Rukun iman

  •  Percaya kepada Allah
  •  Percaya kepada malaikat
  •  Percaya kepada kitab
  •  Percaya kepada nab- - nabi dan rasul - rasul yang diutuskan
  •  Percaya kepada hari kiamat
  •  Percaya kepada qadak dan qadar












* Agama Islam sebagai satu - satunya agama yang diiktiraf oleh Allah s.w.t

* Yakin bahawa al - Quran dan sunah adalah sumber panduan hidup dan
   penyelesaian bagi setiap masalah yang berlaku

* yakin dengan diri sendiri bahawa kita mampu memaikan peranan kita sebagai
   hamba dan khalifah sebaiknya.

* Yakin dengan doa yang dipnjatkan, bahawa Allah akan memakbulkan.

* Yakin kita umat yang terbaik.

* Yakin bahawa kebahagiaan hakiki adalah di akhirat.

Wednesday 25 May 2011

SENYUM SORANG " TIADA YANG SIA - SIA UNTUK KEBAIKAN "

"Apa gunanya saya membaca al - Quran tetapi tidak memahaminya?" tanya seorang murid.


"Bacalah dahulu, perlahan - lahan nanti tok akan ajar maknanya," jawab gurunya.

Murid itu pun terus membaca. Hari demi hari. Bulan demi Bulan. lama kelamaan dia berasa jemu dan datang menemui gurunya semula.

"Tok, saya masih berasa usaha membaca tanpa memahami makna al - Quran in sesuatu yang tidak berfaedah," katanya.



"Baiklah. Tok akan menyuruh kamu melakukan seatu pekerjaan yang lebih bermakna," kata tok Guru tersebut. Wajah murid itu kembali ceria.

Tok guru menyerahkan sebuah raga dan berkata," Kamu ceduk air di sungai itu dengan raga ini, dan curahkan airnya ke dalm kolah madrasah kita."

Si murid kehairanan. Mesti ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku, detik hatinya. dia ke sungai dan menyesok air dan secara tergesa - gesa dia berlari untuk menuangkan air ke dalam kolah. Namun sebaik sampai, air telah habis, menistis keluar dari celah - celah raga yang jarang itu. Air menitis keluar dari celah raga dan kolah measih tidak dapat dipenuhi.



"Tok, perbuatan ini lebih tidak bermakna. Kalau tok gantikan raga ini dengan timba, barulah ia boleh menampung air dan kolah akan penuh!"

Tok guru tersenyum. "Setiap yang tok suruh pasti ada maknanya," katanya perlahan.

"Apa maknanya tok?"

"Menimba air dengan raga samalah dengan membaca al - Quran walaupun tidak memahami maknaknya," jawawb Tok Guru.

"Sama - sama tidak ada faedahnya. bergitu?"

"Tidak, sama - sama ada faedahnya," pintas tok guru.

Anak muridnya jadi lebih hairan.

"Cuba kamu tengok raga yang kamu gunakan sejak tadi itu. Mulanya ia kotor, tetapi sekarang bukankah sudah bersih? Walaupun air di kolah tidak penuh tetapi raga yang kamu gunakan sudah bersih. betul tak?"

"Betul tok," jawab anak murid mengiakan.

"Ha, bergitulah juga dengan hati kamu ketika membaca al - Quran berulang - ulang kali. Walaupun belum memahami maknaknya, tetapi paling tidak hati itu akan dibersihkan daripada kalalaian dan gangguan syaitan.

Muridya mengangguk. Hebat, rupa - rupanya Tok Gurunya mendidik, bukan sekadar mengajar!

Pengajaran
jangalah memandang remeh sesuatu amalan baik, walupun sekiranya kita belum nampak manfaat atau hikmahnya. Dan jangan terburu - buru untuk "meningkatkan" dalam perjalanan menjadi hamba Allah yang baik dengan tindakan - tindakan yang melanggar ketertiban amal dan kehalusan adab. Ingat setiap yang baik pasti ada kebaikannya.

PERSINGGAHAN INI

Assalamualaikum semua pembaca blog tulisan dari hati ini. Terima kasih keranan mengikuti blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi tentang perjalanan kehidupan kita dia atas bumi Tuhan ini. Dimana kita berada adalah persinggahan untuk kita menuju ke alam akan datang iaitu alam akhirat. Alam akhirat adalah alam yang pasti dan wajib kita tempuhinya. Dalam alam ini kita perlu merasakan yang kita lebih pasti mati daripada kita mampu melihat matahari esok pagi. Ini bermakna kita tidak tahu bila mana kematian kita.

Justeru itu adakah dalam perjalanan ini kita lalai dengan keindahan dunia walaupun kita talah dikabarkan yang syurga lebih indah?. Adakah  dalam perjalan ini kita leka apa yang telah dipinjamkan oleh Tuhan di perjalanan ini untuk kita sampai ke tempat yang dituju?. Adakah kita merasakan bekalan yang kita ada sekarang untuk menuju ke alam itu telah mencukupi. Atau kita sudah mampu tersenyum dengan apa yang kita ada dan kita akan tersenyum ketika kita dia alam akhirat.Mungkin juga kita merasakan bekalan yang kita ada untuk ke alam akhirat belum mencukupi dan terus berusaha untuk mencukupinya (Allamdulillah).

Adakah kita pernah menghitung amalan kita di dunia ini dari siang ke malam, hari ke hari, minggu  ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun hingga ke akhirnya sudah cukup untuk kita menghadapi - Nya ?.

Dalam perjalanan ini berbagai cubaan dan halangan yang perlu kita tempuhinya, mampu atau tidak kita harus tempuhinya jua. Janganlah kita lalai dengan nikmat yang telah diberkan ini. Seharusnya kita menggunakan nikmat ini untuk kita ke sana.

Jika ditanya kepada semua manusia mereka mahu di tempatkan di syurga bukan neraka. Tapi yang menjadi persoalannya dalam perjalanan ini kita menuju ke syurga atau neraka?. Itu ditentukan oleh diri kita sendiri kerana yang memandu dalam perjalan ini adalah kita maka kitalah yang menggerakkan kenderaan untuk menuju ke destinasi yang ingin kita tuju.

Dalam perjalaan ini kita telah disedikan panduan perjalanan untuk menuju ke syurga sama ada kita mengikut panduan itu atau tidak adalah keputusan yang kita buat dan diputusakan oleh diri kita sendiri. Jika kita tidak mengikut panduan yang diberikan maka kita akan tersilap jalan yang membawa kita menuju ke neraka.

Marilah kita sama - sama menempuhi perjalan ini yang akan menujukan kita ke syurga. Syurga yang abadi di impikan setiapa insan. Kita sama - sama  mencari jalan keluar jka kita tersesat selama ini dan ikut panduan yang telah diberikan untuk menuju syurga. Selagi waktu masih ada yang diberikan kepada kita oleh Allah s.w.t,

Tuesday 24 May 2011

PUISI " TERIMA KASIH"

Terima kasih
kepada pagi
yang menantang angin lembut
segar serta nyaman

Terima kasih
kepada mentari
yang membawa sinar terang
hingga boleh membaca
serta mencatat ilham
untuk menulis beberapa rangkap puisi

Terima kasih
dan selaut kesyukuran
kepada tuhan
yang telah membenarkan aku
hidup sehari lagi
pada hari ini!

ZAHARI HASIB
Teluk Intan, Perak

Monday 23 May 2011

MENDAPAT HIKMAH BILA DIUJI

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" didikan langsung daripada Allah melalaui ujian - ujian-Nya. Rasulullah s.a.w bersabda,"perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilangkan karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!'

Jika tidak diuji, bagaimanan hamba yang taat itu hendak mendapat pahala dabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para Rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi - yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang - orang terdahulu daripada kamu, iaitu meeka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang - orang yang beriman bersamanya merintih: ' Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negetif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud - maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian  didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin ( orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata:" Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau deri keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

sumber solusi

Sunday 22 May 2011

ANDAI ITU TAKDIR-NYA

22 MEI. Kesemua 25 mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam akhirnya berjaya dikeluarkan. Dari kesemua jumlah itu, 16 mangsa meninggal dunia manakala 9 yang lain berjaya diselamatkan.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua mangsa.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

UCAPAN TAKZIAH KEPADA MANGSA DAN KELUARGA YANG TERLIBAT DALAM KEJADIAN INI. SESUNGGUHNYA BUKAN KITA MAHUKAN KEJADIAN INI TERJADI TETAPI TELAH DITENTUKAN OLEH ILAHI. DIHARAPKAN SEMUA KELUARGA MANGSA YANG TERLIBAT DAPAT BERSABAR DENGAN DUGAAN YANG DIBERIKAN INI. AL-FATIHAH

Thursday 19 May 2011

CERPEN "ABADIKAN KASIH"

EPISOD AKHIR


“ Abang! Abang dengar tak?” Sekali lagi suara lembut itu singgah di telinganya. “ Err.. mintak maaf la Abang ganggu Leha malam – malam ni.”

‘Aikk! Apasal dengan aku ni? Dlam hati bukan main aku kutuk minah ni… Apa dah jadi ni Amar?’
“Emm… Tahu pun. Abang dan buat mata Leha ni terbukak balik tau. Dahl ah esok Leha ada “tournament” di dewan Sunagai Besar.” Amar cuba memejamkan matanya. Dia ingin mengingati di manakah suara ini pernah di dengarnya.

Leha ada ‘ tournement’ apa?” Amar membuka tajuk perbualan.

“Tournament Tea-kwan si. Emm.. boleh la abang datang esok tengok Leha lawan. Itu pun kalau Abang sudi,” Leha seolah – olah menguji Amar.

“Abang mesti datang esok. Lagipun Abang betul – betul nak jumpa Leha.”

“Ya Allah apa dah jadi denga aku ni cepatnya aku jawab. Taka pa la. Lagi pun aku dah buat perjanjian dengan mak’ Amar hanya bersuara di dalam hati

“Sory la Abang dah janji nk jumpa Leha petang tadi, tapi tak datang. Abang ada hall ah Leha. Leha jangan la marah ye.’

“Ha! Kenapa aku nak pujuk dia pulak. Sedangkan petang tadi memang niat aku nak main – mainkan dia. Apa dah jadi ni. Ntah – ntah dia letak minyak pengasih kat suara tu kot.’

“Tahu pun. Nasid baik Leha tak pergi. Leha pun ada hal.”

‘Engkau nak tipu aku ye. Tolong sikit, silap orang la kau!’

“dah peikul sebelah ni. Abang pergi la tidur. Assalamualaikum.”

Setelah mengucapkan selamat malam Leha dan Amar merebahkan diri masing – masing dan tidak sabar menunggu apa akan terjadi esok hari. Namun amar tidak mampu melelapkan mata. ‘ Tahu pun’ Perkataan it uterus menghantuinya.

*****
Dewan Sungai Besar dibanjiri peminat – peminat sukan Tae-kwan do. Amar dan Alia tiba lewat. Mereka tidak dapat melihat Leha beraksi pada peringkat awal. Namun, Leha masih di gelanggang untuk menamatkan minit terakhir. Dan jika dia dapat kalahkan musuhnya di depan ini bermakna pinggat emas akan berada dalam genggamannya.

 Oleh keranan dia dapat mengalahkan wakil dari  Kuala Selangor tadi, telah melayakkan dia untuk ke pusingan seterusnya.

“Itulah Kak Leha, tapi dia membelakangkan kita la Angah. Tunggu dia habis lawan karang dapat la Angah jumpa dia,” Alia menunjukkan kea rah Leha yang sedang berlawan. Amar cuba untuk melihat dengan jelas, namun kedudukan mereka  di belakang menyebabkan Amar sukar melihatnya. Apa pun Amar kagum dengan pergerakan Leha. Aksinya ternyata cekap dan tangkas. Pengadil membunyikan wisel dan mengangkat tangan menunjukkan ke arah Leha. Semua penonoton menjerit keriangan. Leha menang!

‘Dahsyat jugak minah kampong ni.’ Tiba – tiba Alia menarik tangan Amar dan menuju kea rah tepi gelanggang. Kelihatan Leha sedang minum air, Masih membelakangkan mereka.

“Kak Leha, tahniah!” Alia memeluk Leha dari belakang. Amar memalingkan mukanya kea rah lain.
“Terima kasih.”

Mendengar suara itu’ Amar terasa gentar, dia sendiri tak tahu kenapa.

“Angah tak nak ucap apa – apa ke kat Kat Leha?” Amar terpinga – pinga dan cuba mengankat mukanya menatap muka leha untuk pertama kalinya tiba – tiba mulutnya terlopong.

“Li.. Lina, Lina… Liana… err.. Leha..err.. awak.. err…,” Amar terpaku dan Liana Liana hanya tersenyum dan alia kebingungan.

*****
“Aku terima nikahnya Lina Liana Binti Halim dengan mas kahwinnya…,”

Semua yang hadir mengucapkan syukur. Lina Liana mengucup tangan suaminya dan Amar Hilmi mengucup dahi isterinya. Majlis persandingan serba sederhana. Lina Liana kelihatan ayu dengan kebaya pendek dan Amar segak dengan tengkolok serta sampan. Mereka memilih warna hijau pucuk pisang. Majlis dirai dengan meriah dan si serikan paluan kompang serta pantun dari mak andam.

******
“Kenapa Lina rahsiakan semua ni dari Abang. Tak adil tahu tak,” Amar menyoal suatu petang semasa mereka sedang berbulan madu di pulau pangkor.

“Bukan apa. Lina nak ajar Abang jangan nak kutuk gadis kampong. Pertama kali nenek Pah tunjuk gambar Abang pada Lina, Terus Lina terpikat walaupun Lina tahu siapa orangnya malah kita bekerja satu bumbung. Dan kalau Abang nak tahu Leha tu adalah nama timangan Lina. Lagipun Nasri cakap Abang berubah sejak kita bekerjasama dalam kerja dan Lina yakin Abang bukanlah teruk sangat yang macam Lina dengar dari orang lain,” Lina liana menerangkan bagaimana mereka bertemu jodoh.

“Oo.. cekap juga bini Abang ni. Patut la dia rileks je. Rupa – rupanya si Leha ni pereka Grafik dari Monash. Ingatnya kerjanya kutip serai je. Nakal ek!” Amar mencuit hidung isterinya yang mancung itu. Mereka ketawa kegirangan. Mereka melakar bahagia… Mereka mengukir gembira untuk hari muka yang penuh bahagia.

 TAMAT

Karya
cutie@yahoo.com

Sunday 15 May 2011

WAKTU

Di saat ini kita mengatur langkah satu - persatu, membilang hari detik demi detik. Waktu meninggalkan kita tanpa menghiraukan kita dan waktu yang dihadapan belum tentu milik kita. Sesungguhnya waktu adalah sesuatu  amat berharga dalam hidup kita, waktu yang mematangkan kita sebagai manusia di dunia ini. Perjalanan waktu kita di sini menentukan kita disana kelak.

Kesempatan waktu yang diberikan kepada kita, adakah kita gunakan dengan betul, adakah waktu yang diberikan kita ini digunakan untuk ke jalan keredhoan Tuhan kita, adakah waktu yang derikan ini kita sibukkan dengan mencari bekalan ke sana (ke waktu yang abadi).

Perjalanan yang kita lalui untuk menempuh waktu ini belum tentu kita berjaya menguruskannya untuk waktu bila kita ke sana, Jika kesempantan waktu yang diberikan ini kita tidak menggunakannya sebaiknya untuk ke sana dengan betul maka waktu yang telah diberikan kita telah mensia - siakannya, itulah satu kerugian yang telah kita lakukan yang tidak akan lagi waktu itu kembali  selepas tamat masanya di sini.

Pernahkah kita merasakan rindu kepada waktu yang telah pergi meninggalkan kita pernahkah kita muhasabah diri sama ada betul atau salah penggunaan waktu yang kita lalui?.Pernakah kita merasa menyesal setelah kita menggunakan waktu yang tidak akan memberikan hasil ketika kita disana nanti?

Sebelum kita dihitung waktu yang telah diguna di sana nanti marilah kita sama - sama menghitung waktu kita sekarang, adakah waktu kita yang telah kita gunakan cukup untuk kita mengadap Tunah nanti?.Kita mengharapakan waktu yang telah kita lalui itu adalah waktu yang menuju keredhoan Allah s.w.t

Saturday 14 May 2011

BICARA WAHYU

"Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama - sama dalam keadaaan setengah kamu menjadi musuh bagi sesetengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari- Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk - Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.;
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan pertunjuk - Ku, maka sesungguhnyaadalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: 'Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?' Allah berfirman: ' demikian keadaannya! Telah datang ayat - ayat keterangan kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan."

Firman Allah Dalam Surah Taha 123 - 126

Wednesday 4 May 2011

SENYUM SORANG " KRITIK YANG TAK ADA ADILNYA"

Dalam satu majlis jamuan meraikan kejayaannya berlayar mengelilingi dunia, Ferdinand Magellan telah disindir oleh sekumpulan pengkritik yang duduk semeja dengannya.

"Ah, berlayar mengelilingi dunia bukan sepayah mana..." kata seorang penulis dengan kuat.

"Hanya perlukan kapal yang teguh dan peta yang tepat," tambah seorang ahli perniagaan.

"Dan kelasi yang setia," ujar seorang jeneral.

"Tuan - tuan, sekarang ada sebiji telur rebus di tanggan saya. Cuba tuan - tuan letakkan telur di dalam keadaan tegak berdiri," kata ferdinand mencabar para pengkritiknya.

"Mana mungkin telur diletakkan dalam kedudukan sedemikian," jawab pengkritiknya setelah mencuba berberapa kali.

Ferninand memecahkan sebahagian kecil bucu telur dan menggunakan sebagai tapak untuk meletakkan telur itu dalm keadaan tegak.

"Ah, kalau bergitu siapa pun boleh melakukan," kata pengkritiknya sambil mencebik.

"Ya, setelah aku melakukannya!"

Pengajaran:
Kritik yang tidak merupakan pujian tidak rasmi. Ungkapan ada mengatakan, tidak ada sesiapa yang akan menendang anjing yang telah mati. Maksudnya, selagi ada yang "sudi" mencemuh, itulah petanda kita masih mempunyai kelebihan ada harga diri. Dan jang menganggap kritik yang dilemparkan kepada kita satu sebab kita perlu berputu asa.

Tuesday 3 May 2011

CERPEN " ABADIKAN KASIH"

EPISOD 2

Amar menyandarkan badannya di serambi rumahnya. Keletihan masih terasa sepanjanh perjalanan dari KL ke Sabak Bernam. Semasa dalam perjalanan ke rumah dia Sempat singgah di pbandar Sugar Besar untuk membeli barang. Dia tidak sangka sungai Besar sudah banyak berubah. Pemandangan yang dia saksikan di kampung Parit Satu Timur, betul – betul mendamaikan hati. Dia tersenyum memandang sawah pada yang terbentang. Tiba – tiba di teringatkan Lina Liana. Gadis itu kabarnya juga mengambil cuti. Dia betul – betul rindukan gadis yang selalu sebut ‘ tahu pun’. Mungkin dan jadi habit dia . Sikit – sikit ‘ tahu pun’. Entah – entah dia kecewa kot bila aku kata aku nak balik jumpa bakal isteri. Tapi aku tengok dia rileks je bila dengatr cerita ni. Mungkin dia nak cover depan aku kot’. Amar terus bermain teka – teki dengan persaannya sendiri

“Mak Ngah! Leha nak mintak serai tiga batang ye.” Suara itu mengejutkan Mak Nab yang sedang leka menyapu daun – daun kering di belankang rumah.

“Ambik la Leha oi! Banyak pun tak pe. Kamu tu bakal menantu aku,” Mak Nab tersenyum melihat gerak – geri Leha yang kekok berjalan di atas ban. Geli hatinya apabila melihat Leha memakai kain batik compang – camping. Maklumlah dia dibesarkan di pecan. Mana lak nak reti pakai macam budak kampong. Balik pun sekali – sekali untuk jenguk neneknya.
Jantung Amar berdegup kencang mendengar emaknya menyebut nama ‘Leha’. Dia segera bangun dan menuju ke dapur. Di sebalik lubang dinding, dia mengintai Leha sedang bergurau senda dengan emaknya. Dari belakang dia dapat melihat susuk tubuh tinggi lampai, rambut ikal mayang dan kulit kuning lansat.

Namun harapan Amar untuk melihat wajah bakal isterinya itu hampa. Leha sedikit pun tidak berpaling dan terus meminta diri untuk pulang.

“Angah! Buat apa tu,” Amar terkejut dengan sergahan adik bongsunya iyu.” Ishh…. Alia ni. Terkejut la Angah,” Amar menarik muka masam.

“Oo.. ni mesti kes “sekodeng’ Kak Leha,” Alia cuba menyakat abangnya. Amar hanya berdiam dan malas untuk melayan Alia.

“Ngah!...”

“Apa hal lagi?” Amar tidak kuasa melayan adiknya itu. Alia menghulurkan sekeping kertas.

“Kak leha bagi,” Amar membukanya lantas membaca…

“Memberikan seluruh cinta Leha pada Abang, bukanlah jaminan Abang akan membalas cinta Leha… Leha tidak mengharap balasan cinta dari abang… Leha akan tunggu hingga cinta berputik di hati Abang.. tetapi jika tidak Leha reda kerana cinta tumbuh di hati ini… buat pertama kali dalam hidup ini… Abang lah cinta pertama Leha… Leha takkan jumpa lelaki seperti Abang. Dalam dunia ni” Amar sendiri tidak pasti apa yang dia rasa saat ini. Dia bingung. Suara Leha yang lembut petang tadi terngiang – ngiang di telinganya. Dan dia seperti  mengenali suara itu,’Ah! Mengarut la aku ni,’ getus hatinya. Tiba – tiba dia teringin benar mendengar suara lembut itu lagi. Dia cuba lelapkan mata. Berpaling ke kiri tidak kena, Ke kanan juga tidak kena.

“Macam mana dia boleh kata yang aku ni cinta pertama dia. Pulak tu dia takkan jumpa lelaki macam aku lagi kat dunia ni. Eii… seram la pulak. Momok ke dia ni. Bila pulak aku jumpa dengan dia. Tak boleh jadi ni, Aku nak telefon dia sekaran! Mlam ni jugak!”

Amar masuk ke bilik adiknya. Alia sedang mengulang kaji pelajarang.

“Alia boleh tolong Abang tak?” Amar menggaru kepala yang tidak gatal. Alia memerhati dengan hairan.

Angah punya pasal Alia sanggup. Cakap la,” kata Alia sambil menyelak sehelai kertas demi sehetai bukunya.

“Tolong bagi nombor rumah Kak Leha,” Amar menggigit bibir kerana sukar untuk mengeluarkan ayat tadi.

 “Ha! Ni mesti kes angau sasau. Itu tak bertunang lagi. Esok bila dah tuning Alia akan bagi alamat e-mail dan “ nickname’ Kak Leha sekali. Boleh lah Angah Chat denga dia.”

“Reti ke budak leha tu berchit-chat dan ber e-mail? Ntah- ntah pengan mouse pun berpeluh semacam.

“ Cepat la. Banyak songeh la dia ni.” Amar tidak mahu lagi mendengar bebelan adiknya itu.

“Ye la.. ye la. Angah ni gelojoh la, Alia membuka buku telefon dan menunjukkan nombornya. Amar mendial nya. Seorang perempuan tua mengangkat.

“Hello. Assalamualaikum,” ucap suara tua itu menghulurkan salam.

“Waalaikumussalam, er.. er…” Amar terpaku dan tak tahu apa yang nak dicakapkan. “Ye anak nak bercakap dengan siapa?” Mak Cik itu bertanya dengan lembut. “ Err.. saya Amamr Mak Cik. Err… Belum sempat Amar menghabiskan kata- katanya,” Oo.. Amamr. Leha…! Ooo.. Leha. Amar telefon ni,” terdengar jeritan wanita tua itu di hujung talian.

“Mak cik ni mcam mana dia boleh tahu yang aku nak cakap dengan Leha.’ Amar menunggu dan….

“Assalamualaikum. Kenapa awak.. Eh… emmm.. Abang telefon Leha malam- malam ni’” suara lembut itu menusuk ke dalam gegendang telinga Amar.

“Eh! Minah ni . Aku punya pasal la nak telefon kea pa ke. Apa, kau ingat nak sangat ke telefon kau. Perasan”.


Bersambung

Karya
cutie@yahoo.com

Monday 2 May 2011

SAHAM - SAHAM KE NERAKA

Berikut disenarai beberapa perkara yang boleh menghumbankan sesiapa yang 
           mempunya satu atau lebih ciri - ciri ke naraka : 
  • Syirik kepada Allah iaitu menyekutukan allah dengan sesuatu sama ada dalam rububiyyah, uluhiyyah mahupun nama - namma dan sifat - sifat-Nya. Allah berfirmat maksudnya," Bahawasanya sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka." (Surah al-Ma'idah 5:72)
  • Kufur kepada Allah, para melaikat, kitab, rasul, hari kiamat, qada dan qadar Allah
  • Mengingkari salah satu daripada rukun islam yang lima
  • Mengolok - olokkan Allah, agama- Nya atau rasul-Nya, bernalah firman Allah yang bermaksud," Dan jika engkau bertanya kepada mereka ( tentang ejekan itu tentulah mereka akan menjawab:'Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain - main'. Katakanlah:' Patutkah nama Allah dan ayat - ayat-Nya serta rasul-Nya kamu memperolok - olok dan mengejeknya? " (Surah al-Tawbah 9: 65-56)
  • Mencaci Allah, agama islam, atau rasul-Nya iaitu mencela, mengaibkan atau merendahkan.
  • Berhukum dengan selain daripada hukum Allah dengn keyakinan bahawa hukum yang dibuat itu lebih besar atau sama dengan hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud," Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya)' maka mereka itulah orang kafir." (Surah al-Maidah 5:44)
  • Munafik iaitu apabila seseorang menyembunyikan kekafirannya dalam hati tetepi secara lahiriah seorang muslim. Ini jelas dalam firman Allah s.w.t, maksudnya, " Sesungguhnya orang munafik itu ditempakan pada tingkat yang terkebawah sekali dari (lapisan - lapisan dalam) neraka." (surah al Nisa' 4:145)
 Petikan syeikh Muhammad bin shalih al-‘uthaimin

Wednesday 27 April 2011

SENYUM SORANG "ISTIQAMAH DAN KARAMAH"

Seorang ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 30 tahun dengan tekut. Dia tidak pernah "ponteng" walaupun sekali melainkan  apabila ada  uzur syarie. Namun, ketekunan ulama tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar anak muda yang menuntut ilmu dengannya.

"Sepanjang kita berlajar dengannya, sedikit pun tidak terselah keluarbiasaannya," kata salah seorang anak muridnya.

"Berbanding dengan guru - guru lain di tempat kita, guru kita ini tidak punya apa - apa keistimewaan. semua yang ada padanya biasa - biasa sahaja," tambah yang lain.

"Betul. Aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari celah - celah jarinya. Malang betul nasib kita..."

Akhirnya, sungutan - sungutan itu kedengaran sampai jua ke telinga ulama tua itu. Lalu beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anak - anak muridnya. Ketika mengajar pasa suatu hari, berliau dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis dia atas papan hitam. Namun anehnya kapur itu tidak jatuh... sebaliknya terus bergerak dan menulis oleh ulama tua itu.

Melihat kejadian aneh itu semua anak muridnya berdiri dan melopong kekaguman. Tidak sangka bahawa guru mereka anggap lekeh selama ini rupanya turut memiliki karamah. Melihat kekaguman anak - anak muridnya, "Aku sangat hairan melihat sikap kamu ssemua. Melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuat kamu kagum. Bagaimana dengan aku yang telah menulis selama 40 tahun di papan hitam ini?"

Pengajaran:
Istiqamaah itu hakikat lebih daripada karamah. Allah sangat cintakan amalan istiqamamh lebih terjamin imannya daripada orng yang memperoleh karamah. Sejarah mancatatkan betapa ramai orang pernah diberi karamah tersesat keranan iman yan tidak istimah.Istiqamah adalah penting dalam kehidupan kita. Jika ada istiqamah dalam diri maka tidak tersesat la dari laluan perjalan ini.

Tuesday 26 April 2011

CERPEN "ABADIKAN KASIH"


EPISOD 1

Amar merenung syiling biliknya. Hatinya bagai dicarik – carik selepas menerima panggilan telefon darI emaknya.

Emak tan nak dengar sebarang alas. Kau mesti ambil cuti dan balik segera ke kampung. Mak tak nak si Zaleha itu terlepas ke tangan orang lain. Budak tu baik, sopan santun dan berpendidikan pulak tu,” suara emaknya itu terngiang – ngiang di telinganya.

Amar tahu umurnya sudah mencecah tiga puluh tahun. Tapi pada zaman sekarang suatu yang normal jika lelaki awal tiga puluh belum berkahwin. Lagipun aku ada hak nak tentukan arah hidup aku sendiri.

Emm…. Kan bagus kalu bakal isteri aku tu lina Liana. Seorang gadis cantik, unik, berkeyakinan da… tapi dia tu jual mahal sangat la .  Aku ngorat tak dapat – dapat… aku bawak lari baru tahu!’ Amar bermonolog dalam dirinya

******
“Kau ni amar … cuba kau buka luas – luas kau punya fikiran tu. Emak kau suruh balik untuk jumpa dengan si…. Apa….si… ha! Leha tu je. Dia bukan suruh kau balik nikah terus,” Nasri membera pendapat tentang maslah yang dilan oleh amar.

“Eii… jumpa pun aku tak mah la. Dengar nama dia pun aku dah tak de selera, macam mana pulak aku nak jumpa dia? Mana taknya, nama pun ‘Zaleha’. Mana sesuai nama macam tu pada zaman moden ni. Hei! Nenek aku nama lagi sedap tahu tak. Siti Jannah. Atuk aku panggir dia Ana tau! Ini nama Zaleha. Please la. She’s not my taste,” Amar mencebikkan mulutnya. Amar yang memang terkenal dengan pernagai “playboy’ nya itu sering bertukar ganti teman wanita

Dari segi kerja pula sering menimbulkan masalah disiplin. Namun kerana dirinya yang memang ‘artistic’ dan sering menonjolkan idea yang kreatif membuatkan syarikat pengiklanan itu tidak terfikir untuk membuang pekerja seperti Amar yang dering menaikkan nama syarikat. Bagi syarikat, Amar punya ‘velue’ yang tinggi. Namun semenjak kehadiran Lina Liana kerana gadis ini bukan calang – calang orang. Dia lulusan dari Univirsiti Monash. Amar berasa cemburu dengan Lina Liana.

“Encik Amar , maafkan awak silap orang kalau ingin mencabar saya,” kata – kata itu seolah – olah masih bergema  di gegendang telinganya sehingga kini. Waktu itu dia dan lina Liana diminta untuk membentangkan kertas kerja masing masing. Ternyata hasil kerja Lina Liana mendapat perhatian. Semenjak itu jugalah Amar berubah sikap dan tidak menimbulkan masalah disiplin. Dia bergitu kominted dengan kerjanya. Sehingga dia meminta bekerjasana dengan lina Liana kerana bagi syarikat gabungan dua elemen iaitu moden klasik dakn menghasilkan satu iklan yang cukup unik.

Dan semenjak merekan bekerjasama, mereka dapat menyelami hati budi masing – masing. Sejak dari itu juga, Amar dapat rasakan inilah satu –satunya wanita ‘unik’ yang pernah temui. Mana tidaknya, Liana Liana seorang gadis ‘simple’ dan lasak. Dia aktif dalam sukan Tea-kwan do. Dia tidak suka mengenakan mekap. Cuma apabila datang ke pejabat dia hanya mengenakan bedak dan ‘ lip-gloss’ bukannya lipstick dan sengaja dia lepaskan rambun yang ‘curly’ itu. Apa yang pasti Amar tidak pernah pula ternampak Lina Liana mengenakan kasut tumit tinggi.

Pernah sekali mereka keluar berdua untuk pertama kalinya atas alasan berbincang tentang kerja. Gadis itu hanya mengenalkan sandal, jeans, t- shirt dan sebuah beg galas, lalu rambunya ditocang tinggi. Sebiji macam budak sekolah baru balik dari ‘ extra – class’. Pada pertemuan itu juga hujan turun renyai – renyai. Namun Lina Liana tidak kisah dan dengan selamba dia terus merendah hujan yang semakin lebat. Kalau lah girlfriend – girlfriend nya yang lepas, mesti menjerit bila ternampak hujan.

“Honey! Pergi lah ambikkan paying.” Tak pun,” You ‘park’ lah kereta betul – betul depan i. I tak boleh kena hujan nenti mekap I cair, and of course I akan kena selesema nanti’.

Lina liana tidak bergitu. Dia terlalu simple dan mudah membawa diri dalam apa juan situasi. Tapi keayuannya tetap terselah dan Amar sering mengagumi lesung pipit milik Lina Liana.


*****
Amar telah pun mengambil cuti. Nasihat Nasri termakan juga olehnya.

“Kau jangan tersangkut dengan di Leha sudah la Mar!” Nasri berseloroh.

Dalam hatinya simpan malaikat 44. Aku balik ni pun nak sedapkan hati Emak. Dan dia telap pun membuat perjanjian jika dia tidak terpaut pada gadis ‘kampung’ tu, emaknya tidak boleh lagi menjodohhkan dia dengan mana – mana gadis dengan sesuaka hati,

“ Saya nak balik kampung. Nak tegok bakal; isteri saya,” Jelas Amar secara berterus terang kepada rakan setugasnya dan juga gadis impiannya, Lina Liana.

“What? How nice! Eloklah tu. Ang do’t  forget to Invite me on your wedding. May be saya boleh jadi pengapit awk nanti,” Lina Liana tersenyum sembil jarinya menaip kekunci di atas papan kekunci computer di hadapannya.

“Awak tak jealous ker?” Amar menyoal selamba.

“Hei! Come on la. Buat ape saya nak jealous pulak. There is nothing between us adan we’re best buddy right?’

Masih terngiang kata –kata Lina Liana. Dia tak rasa apa – apa ke bila aku cakap macam tu. Tapi melalui renungan matanya dia dapat merasakan yang gadis itu menaruh hati padanya. Mungkin dia ego kot. Kadangkala apabila melintas di jalan Amar memaut jari – jemarinya dan Lian Liana membiarkannya. Ah! Tak kira lah. Walau apa pun yang terjadi, kau akan tetap menjadi milik ku suatu hari nanti. Siap kau

Bersambung

Karya
cutie@yahoo.com

BICARA HADIS

"Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang badar) mendapat luka sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, kami gilirkan antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan antara orang beriman (Dengan orang kafir) dan supaya sebahgian kamu dijadikan-Nya gugur sebagai syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang yan zalim."

(Surah Ali 'imran 3:140)

Monday 25 April 2011

PUISI " BERBISA IA BERBISA"

Berbisa ia berbisa
bernama harta
bisa sengala, bisa jadi kaya
bisa jadi sombong
juga bisa jadi riak
ditunggangi haloba
dikongkong harta.

Berbisa ia berbisa
tanpa disedari
akan membuah
jiwa yang gersang
iman yang lohong.

Berbisa ia berbisa
bisa jua manfaat diri
pabila ditabur sebaik cara
bersedakah,
berzakat,
berkatnya melimpah ruah
insan yang bijak
berhati pemurah
berbelanja ke jalanan-Nya
bekalannya banyak
menuju abadi hayat


Nukilan
Izani H.D

Sunday 24 April 2011

DI MANA KEBAHAGIAAN?

Seorang suami yang marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya:"Aku akan lenyapkan kebahagianmu." Si isteri menjawap dengan tenang, " Anda tidak mampu melenyapkan kebahgianku sebagaimana anda tidak mampu memberikan kebahagian kepdaku."

Suami bertanya: " Mengapa aku tidak akan mampu untuk melenyapkan kebahgiaanmu?"

Isteri menjawab dengan penuh keyakinan:" kalau seandainya kebahagianku terletak dalam perbelanjaan, tentu anda akan mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu anda juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain."

Suami bertanya dengan penuh kehairanan:' Dimanakah kebahgiaanmu?" Isteri menjawab dengan penuh keyakinan:" Sesungguhnya aku memperolehi kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku itu dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah."

petikan dari
Dr. Yusuf al-Qaradawi

Saturday 23 April 2011

JAWAPAN UNTUK PERSOALAN KEHIDUPAN

Dalam kita menempuh kehidupan yang sementara ini, perbagai rintangan  dan dugaan yang telah kita lalui. Sama ada yang manis atau pahit, yang mengembirakan atau yang menyedihkan dan sebagainya lagi

Dalam kehidupan yang penuh dengan persoalan ini adakalanya menguji kekuatan keteguhan iman seseorang, sama ada dalam cubaan atau rintangan ini kita mampu atau tidak menempuhinya itu adalah persoalanya.

Ada diantara kita yang mampu menempuhi pancaroba ujian dan cubaan dalam perjalan kehidupan ini. Itu adalah jawapan kepada soalan yang dimana jawapan tersebut akan mengembirakan kita, dan ada diantara kita yang kecundang dengan ujian atau cubaan yang diberikan dalam kehidupan ini. Dimana jawapan yang kita dapat untuk soalan perjalanan itu akan menyedihkan kita.

Adakalanya pula kegembiraan yang kita perolehi untuk soalan dalam perjalan ini adalah untuk kesedihan orang lain merasakannya dan  adakalanya kesedihan yang kita dapat dalam perjalan ini adalah untuk kegembiraan orang lain merasakannya.

Disini kita keta perlu memikirkan satu jawapan yang tidak akan mengecawakan diri kita dan diri orang lain. Satu jawapan yang sukar untuk kita putuskan dalam perjalanan kehidupan ini.

Walau apa jawapan yang kita berikan dalam kehidupan ini perlulah jawapan itu berlandaskan suara keimanan  yang akan memutuskan jawapan itu. Dan semoga dengan jawapan yang diberikan tidak akan mengecewakan seorang individu pun, tidak kira diri sendiri atau diri orang lain

Friday 22 April 2011

KOLEKSI GAMBAR BULAN PADA 19/03/2011










keindahan kekuasana tuhan, tiada tolak bandingnya.  Bulan yang kelihatan pada 19 mac 2010 lebih dekat dengan bumi iaitu 45000km lebih hampir dengan bumi berbanding malam - malam  biasa. Bulan yang dekat dengan bumi seperti  ini telah berlaku  pada 19 tahun lepas.

Wednesday 20 April 2011

SENYUM SORANG " ADA AKAL TAPI TAK............"

Sekumpulan tikus bermesyuarat tentang cara menangani ancaman seekor kucing besar di rumah tempat mereka bersarang.

"Kita keluar waktu siang kerana waktu itu kucing selalunya tidur," cadang seekor tikus tua.

"Anak - anak yang masih kecil mesti ditemani oleh yang lebih tua ketika keluar mencari makanan," tambah seekor tikus lebih tua.

"Jangan lupa, hindari tempat - tempat yang behaya dan sensitif," kata seekor tikus yang kudung sebelah kakiny. Ia sangat  berpengalaman dan pernah ditangkap oleh kucing tetapi berjaya melepaskan diri.

Tiba - tiba datang sekumpulan tikus muda " menyergah" masuk ke dalam mesyuarat itu dengan angkuhnya.

" Kami lebih tahu dalam selok - belok pertahanan dan keselamatan diri. Kami ada cadangan," kata seekor daripada mereka.

Tikus - tikus berdiam diri.

Silakan, berilah pandangan kamu."

"Mudah sahaja. Kita gantung satu loceng di leher kucing itu. Bila dia bergerak, loceng itu akan berbunyi, dan kita mendengarnya,  maka kita pun boleh melarikan diri."

"Bagus! inilah cadangan yang terbaik" sokong tikus muda yang lain sambil memandang sinis tikus - tikus yang tua itu.

" Baiklah kami terima cadangan itu. Cuma ada satu pertanyaan " ujar tikus tuaitu. " Apa dia?"

"Siapakah diantara kita akan menggantungkan loceng di leher kucing itu?'

Semua tikus muda terdiam dan saling berpandangan. Ya, tak ya juga. Fikiran merekan tidak terjangkau lagi ke tahap itu lagi

Manfaat:

Ilmu yang ada pada akal belum mampu menandingi kemurnian nurani dan keiklasan budi dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Pengalaman dan kematangan tidak boleh ditempa semata - mata dengan banyak membaca dan melihat. Jaga kita merendahkan pengalaman yang ada pada orang yang lebih tua daripada kita. Ada akal tetapi tidak berakal

Tuesday 19 April 2011

BICARA WAHYU

"Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah , merombak satu persatu benda dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya dengan kuat dan teguh, dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah di menteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai saripada golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu, dan dia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat apa yang kamu berselisihan padanya."


( Surah al - nah / 16 : 92)

Monday 18 April 2011

SELEPAS WAKTU BERLALU

Kita selalu memikirkan perkara yang telah berlaku dalam hidup kita ini tampa kita memikirkan apa yang bakal berlaku di hadapan kita

Setelah sesuatu yang berlaku kepada diri kita barulah kita mampu berfikir perkara yang berlaku tersebut.

Persoalannya adakah kita terfikir atau mengambil pengiktibaran apa yang telah berlaku atau kita biarkan apa yang berlaku berlalu sama seperti waktu yang telah berlalu.

Adakah kita fikirkan perkara yang telah berlaku itu akan berlaku lagi di masa akan datang. Jika sesuatu yang buruk terjadi kepada kita, kita akan menangis dan mengesat air mata itu lalu masalah itu akan pergi. Kalau semudah itu apa yang berlaku kepada diri kita dapat diubati dangan tagisan maka mudahlah kehidupan ini.

Adakah kita sedar sebelum sesuatu yamg buruk terjadi kepada diri kita. Adakah kita dapat mengagak apa yang bakal tejadi kepada diri kita. Adakah kita mampu mancari jalan untuk menghalang sesuatu yang buruk berlaku kepada diri kita

kebanyak manusia akan menyedari sesuatu itu selepas perkara itu terjadi dan pada waktu itu kita mengharapkan yang waktu itu berpatah semula. Manakan mungkin masa akan berpatah semula, masa akan pergi ke detik terakhir kita di atas muka bumi ini.

Jadi marilah kita sama - masa mengatur langkah melalui waktu - waktu yang ada ini dengan sebaik mungkin supaya tiada lagi kesedihan yang menimpa kapada kita. Apa yang telah terjadi jadikan ia pengajaran di masa akan agar kita tidak mengulanginya lagi.

Saturday 16 April 2011

PUISI " HARGA SEBUAH KEMENANGAN"

Saban hari kita memburu kemenangan
Menanti sebuah jalan perjuangan
bercerita soal takwa dan iman
Membina segala macam kekuatan
mencipta segala bentuk kehebatan
Kemenangan sesuatu yang dicari bukan dinanti
ia mendatangi setelah ia didatangi
Jika ada yang menang akan ada yang kalah
Ia tidak abadi dalam dunia yang bakal musnah
Kerana ia kekal dalam alam menanti
Bagi mereka yang mencari
jika kita yang miliki kemenangan
Untuk apa ditakuti kegagalan
Untuk apa dirisaukan kekalahan?
Bahkan kita mengharap akan turunnya bantuan
berupa sebuah kemenangan
Bererti ia milik pemilik alam maya
Ia milik yang memiliki kekuasaan
Harganya luar biasa
Kerana nilai hari ini belum tentu
Menjamin kemenangan hari esok
Keranan ia milik-Nya,

 Ditulis oleh
Zulkifly Mohd Yunus
Bukit mertajam

Wednesday 13 April 2011

SENYUM SORANG " SI KAYA ANAK SI MISKIN"

Di sebuah kampung ada seorang kaya yang kedekut. Jangnkan hendak menderma, dengan dirinya sendiri pun dia kedekut.

Dia makan makanan yang dicatu. Pakaian pun lama – lama juga  bukan kerana zuhud, tetapi kerana kedekut. Dia masih berjalan kaki ke sana ke mari dalam kawasan kampung walaupun sudah mampu membeli sebuah kerreta

Orang kaya itu mempunyai seorang anak. Sebahagian hartanya diamanahkan kepada si anak untuk dijaga

Perangai anak ini sangat berbeza dengan si ayah. Dia menikmati kekayaannya dengan harta si ayah dia akan membeli pakaian yang mahal –mahal, membeli makanan yang enak – enak dam membeli sebuah kereta mewah dan meronda ke sana ke mari.

Suatu hari ketika si bapa sedang berjalan – jalan di kampung itu, orang pun bertanya: “Tuan kenapa tuan berjalan kaki sahaja?”. Ya, selayaknya saya bejalan kaki. Saya anak orang miskin arwah ibu bapa saya dulu miskin,”jawabnya. “ tapi anak tuan mampu membeli kereta?” Tanya mereka. “ dia lain dia kan anak orang kaya? Sebaliknya saya anak orang miskin,” jawabnya selamba. Orang ramai bertambah kehairanan.

Pengajaran:
Kita boleh merasa miskin atau merasa kaya mengikut sudut pandangan dan fikiran kita sendiri. Kita boleh melindungkan  zahir kita tapi hakikat masih boleh nampak oleh orang lain. Jika kita memikirkan apa yang tiada, kita akan merasa miskin sentiasa. Sebaliknya kalau kita memikirkan apa yang kita  ada, kita akan merasa kaya. Jangan menipu diri sendiri dan gunakan kesenangan yang diberi  dengan sebaiknya. Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu

Tuesday 12 April 2011

KESABARAN YANG MENJADI TEMAN

Mengapa daLam hidup ini ada segelintir manusia yang suka menyakiti hati manusia lain. Kenapa dalam hidup ini perlu saja mencari musuh diantara manusia padahal tidak pernah pulak menyakiti atau mengasari mereka, mengapa dalam kehidupan yang penuh dengan ranjau ini perlu ada puak atau kumpulan diantara sang membedakan satu sama lain, apa yang ingin diperkatakan di sini adalah dalam  konteks alam pekerjaan.

Kenapa kalau dalam kumpulan yang pro kepada kumpulan itu akan diangkat dan dimuliakan, tetapi yang berdiam diri yang bukan dikalangan pro atau kontra diletakkan ke tepi dibiarkan dia dalam kebingunan.Selepas diangkatnya orang yang dihajati ditantangnya bagai minyak yang penuh dijaga seperti anak kecil yang dimana nyamuk tidak mampu menyentuhi di tubuh badan. Terlalu banyak persoalan yang tiada jawapannya disini.

Apa la nasib sesorang itu yang diperlakukan sedemikian, hanya mampu berdiam diri, disinilah perlu mencari makna kesabaran yang sebenar. Dalam keadaan seseorang itu diperlakukan seperti itu hanya diri sendiri yang mampu menghiburkan hati. Dalam keadaan itu hanya mampu menayangkan senyuman palsu untuk tatapan orang lain atau menampakkan ketenangan di wajah walha dalam hati hanya tuhan yang tahu.

Dalam masalah yang dihadapi ini tidak kira siapa pun hanya kesabaran yang menemankan kita, kesabaranlah yang menjadi kekuatan kita, kesabaran juga yang membetulkan hala tuju perjalanan kehidupan kita di dunia ini. Kita perlu menerima hakikat yang kita kalah dalam permainan yang dicipta oleh manusia sendiri yang pastinya dalam permainan ada orang yang akan terasa.

Kadang - kadang tuhan hilangkan seketika matahari, dan tuhan gantikan pula dengan guruh, hujan, ribut, petir dan segala macam lagi ujian, tapi kita perlu ingat yang tuhan akan memberikan pelangi yang indah pada akhirnya, hanya kata - kata ini yang boleh menjadi penguat untuk menempuh keperitan ini. Ada hikmah disebalik kejadian.

sekian
hanya kita yang mampu menjaga hati kita, biar masa membawa pergi keperitan yang dirasai.

Monday 11 April 2011

ELAK JATUH MENJATUH DALAM MENGEJAR KEJAYAAN

Pelbagai tindakan negetif dilakukan oleh jeneraasi umat islam hari ini bagi mencapai sesuatu impian untuk berjaya dalam cita - cita hidupnya,walaupun mungkin matlamat kejayaannya itu bercanggah cara atau taknik apa yang ingin dicapainya. Justeru islam datang memberi teguran menerusi satu pendekatan yang amat popular dalam usul Fidh "matlamat tidak menghalalkan cara."

Kerakusan individu tertentu hari ini untuk berjaya sama ada dalam bidang politik, perniagaan, keusahawanan, korporat dan sebagainya dalam menjatuhkan pihak lain telah menjadi fenomena yang mengusarkan baynak pihak. Ini akibat tidak menyandarkan diri mereka kepada elemen keagamaan yang menjadi teras, pelindung daripada gejala yang haram.

Matlamat tidak menghalalkan cara adalah satu kaedah yang diperkenalkan sejak beberapa abab lalu, jadi ia bukan perkara yang tersirat, malah telah tersurat dalam lembaran - lembaran kitab agama yang mesti dekatahui dan dipelajari oleh segenap individu muslim, kegagalan untuk memahami dan beramal denganya adalah satu kesalah yang akan dipertanggungjawab pada hari kiamat.

Maka mana - mana individu muslim yang tidak bersungguh untuk mendalami serta memahami aspek keagamaan yang wajid ke atasnya, maka dibimbangi termasuk himpunan golongan fasik yang akhirnya menghuni neraka Allah. perkara ini telah ditegaskan Allah menerusi ayat 24 surah at - Taubah maksudnya: " katakan (wahai Muhammad): "jika bapa- bapa kamu, dan anak - anak kamu, dan  saudara - saudara kamu, dan isteri - isteri  (atau suami - suami) kamu, adan kaum keluarga kamu, dan harta yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah - rumah tempat tinggal yang kau sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara - perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan rasul-Nya dan  (daripada) berjuhad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang -orang yang fasik (derhaka).

Pada ketika ini ketika ramai individu Muslim tidak berusaha menghubungkan diri dengan ilmu - ilmu agama, maka mereka akan terdedah kepada bahaya yang desebut oleh banginda menerusi hadisnya yang diriwayatkan oleh at - Tabarani daripada Abi Bakrah maksudnya:" jadilah kamu seorang yang alim, atau yang suka belajar, atau yang suka mendengar (ilmu - ilmu agama), atau menjadi golongan yang cinta kepada golongan diatas, tetapi jangan kamu jadi golongan kelima

Individu muslim yang tidak suka duduk dalam majlis ilmu akan sentiasa terbabit dalam kesalahan dan percanggahkan ketara terhadap ajaran agama. sudahlah hidupnya tidak berbakti atau berjasa kepada islam melalui program dakwah, malah suka pula buat perkara - perkara yang boleh merosakkan gambaran islam sebenar. Bagaimana boleh memperolehi syafaat Nabi Muhammad s.a.w pada hari kiamat

Oleh Ustaz Zainudin Hashim

Sunday 10 April 2011

BICARA WAHYU

Apakah mereka menyangka bahawa kami telah memberikan kepada mereka kekayaan dan anak - nak. Padahal, kami ingin menyegerakan memberi kebaikan untuk mereka, tetapi mereka tidak mahu mengerti.

(Masuk surah Al - Mukmin 23: 25-56)

Saturday 9 April 2011

ADAB BERPAKAIAN DAN BERHIAS

  • Sunat memakai pakaian baru, berkeadaan baik dan bersih.
  • Pakaian hendaklah menutup aurat
  • Leleki tidak boleh berpakaian menyerupai wanita dan sebaliknya
  • Pakaian yang tidak mempunyai corak makhluk yang bernyawa dan mempunyai simbol salib
  • Lelaki tidak boleh memakai emas dan fabrik sutera kecuali dalam keadaan terpaksa
  • Pakaian lelaki tidak boleh labuh kerana Rasulullah s.a.w tidak menyukainya
  • Disunatkan memulakan bahagian sebelah kanan dalam berpakaian
  • Disunatkan membaca doa berikut ,seandainya mengenalkan baju baru " segala puji bagi Allah yang menutupi aku dengan pakaian ini dan menganugerahkan kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku". (riwayat abu daud)
  • Disunatkan memakai wangian bagi lelaki dan wanita pula dibenarkan memakai wangian di hadapan mahramnya sahaja.
  • Aaram bagi wanita melukis tatu, menipiskan kening, memotong atau mengasah gigi dan menyambung rambut.
sumber: Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-lailah.

Wednesday 6 April 2011

SENYUM SORANG " TIGA LELAKI KEDEKUT"

Tiga orang sahabat yang terkenal sifat kedekutnya sedang berkira -  kira untuk memberi sedekah sebahagian harta kepada ornag miskin selepas orang ramai mengecam sifat kedekut mereka.
lelaki pertama berkata: ' aku akan melukis satu bulatan di atas tanah kemudian aku akan lemparkan wang ke udara. Wang yang jatuh di dalam bulatan tu milik aku, manakala wang yang jatuh di luar garisan bulata tersebut milik orang miskin."

Lelaki kedua pula berkata: " aku pula akan melukis satu garisan memanjang di atas tanah. akan aku lemparkan wang ke langit. wang yang jatuh di sebelah kanan garisan adalah wang aku, wang yang jatuh si dalam sebelah kiri garisan akan aku dermakan."

Lelaki ketiga diam sejenak. mencari alasan yang bernas. dialah lelaki yang paling kedekutdiantara ketiga - tiga sahabat, itu lalu berkata:" aku pula , aku takkan melukis bulatan atau garis lurus di tanah. aku akan lemparkan sahaja duit ke langit. Wang yang jatuh ke atas tanah adalah milikku. duit yang tidak jatuh itu milik orang miskin.

RASULULLAH SELALU BERLAPAR

Aisyah r.ha. berkata, " tidak pernah keluarga Rasululah s.a.w kenyang makan roti gandum tiga hari berturut - turut sejak beliau datang di madinah sehingga beliau meninggal dunia

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu nu'aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al- Najjar daripada Abu Hurairah r.a dia berkata " aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w ketika dia sedang solat duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: ' Ya Rasulullah! mengapa aku melihatmu solat duduk, apakah engkau sakit? jawab Baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah'.

Mendengar jawapan Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu, Baginda merasa kasihan melihat aku menagis, lalu berkata: ' wahai Abu hurairah! janganlah menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia.

Saturday 2 April 2011

CABARAN DALAM KEHIDUPAN

Setiap manusia ada jalan kehidupan sendiri,jalan kehidupan ditentukan oleh mereka sendiri, sama ada jalan menuju ke arah kabaikan atau keburukkan itu adalah hak yang dipilih oleh meraka sendiri. Tapi dalam kehidupan kita mengejar matlamat banyak yang perlu kita tempuhi pelbagai rintangan dan halangan, cabaran dan dugaan disinilah letaknya kecekalan diri kita, sama ada kita mampu atau sebaliknya untuk tempuhinya.

Dalam kehidupan masa kini yang penuh dengan cabaran, kita perlulah berusaha lebih gigih untuk mencapai matlamat kita, adakah kita mampu tersenyum dengan kehidupan kita masa kini, adakah kita mampu untuk menempuh segala cabaran kehidupan ini atau cabaran mendatang yang belum pasti. semuanya terjawab oleh diri kita sendiri bukan orang lain yang tolong menjawabkan untuk kita.

Dalam kita menempuh cabaran ini juga janganlah kita lupa atau kita  tinggalkan cabaran di dunia ini untuk kita menuju ke alam satu lagi, alam abadi, alam hakiki iaitu alam akhirat. Jangan kita leka dngan kehidupan yang telah kita kecapi ini manakala alam akhirat kita lupakan. Alam akhirat adalah alam yang pasti kita tempuhinya jika kita lalai dalam pesingahan kehidupan ini maka musnahlah impian kita di sana kelak.

Pastika setiap kita tidak pernah sesekali melupakan alam abadi itu, mungkin di dunia kita telah berjaya menempuhi cabaran duniawi tapi adakah kita telah berjaya untuk menempuh cabaran ke alam akhirat. jika kita tersilap mengatur langkah untuk menuju ke sana hancur musnahlah segalanya. Tiada lagi peluang kedua diberikan kepada kita untuk hidup dalam pesingahan ini walaupun kita meronta, merayu tapi itu semuanya tiada  gunanya lagi.

Oleh kerana itu marilah kita sama -sama berusaha menempuh cabaran kehidupan ini untuk kita mencapai matlamat di alam akhirat. Marilah kita sama - masa  mencari peluang ke tempat yang diredhoi oleh Allah s.w.t di alam akhirat nanti.

Tuesday 29 March 2011

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG

Assalamualaikum
kepada semua pengunjung yang mengikuti blog ini, anda dialu-alukan untuk menghantar nukilan seperti novel,cerpen,sajak, puisi,syair, pantun, cerita  atau apa -apa input yang berguna ke dalam blog ini. moga-moga dengan nukilan saudara - saudari dapatlah kita berkongsi bersama. nukilan saudara saudari bolehlah dihantar melalui email amiruddinrasid_gmail.com, setiap nukilan saudara -  saudari yang dihantar hendaklah beserta nama pengirim. nukilan  yang dihantar juga handaklah membawa makna yang positif.

Tuesday 22 March 2011

KEPUTUSAN SPM

kapada Para pelajar lepasan SPM, hari ini adalah hari yang ditunggu - tunggu untuk anda merima keputusan yang telah  di usahakan. sama ada keputusan itu mengembirakan atau mengecewakan itu adalah keputasan yang diusahakan anda sendiri.Kepada 9,239 menerima gred cemerlang saya ucapkan tahniah dan kepada yang kurang berjaya jangan jadikan keputusan itu sebagai penghalang kepada anda untuk menerpa kejayaan untuk masa depan. Apa yang ditanam itulah yang dituainya, jika tanaman yang ditaman itu kita bajakannya, disiram dan dijaga dengan baik, eloklah buah yang kita dapat, jika tanaman yang kita taham tidak dibaja, tidak disiram dan tidak dijaga dengan baik, sebaliknya akan berlaku (kekecewaan). selama lima tahun belajar di sekolan menengah, penat,  lelah dirasai.... adakah keputusan hari ini akan membayar segala usaha, penat, lelah selama lima tahun dahulu. kepada yang gagal jangan jadikan kegagalan itu sesuatu yang mengelapkan kehidupan anda, jadikan kegagalan itu satu cabaran hidup anda untuk jadikan ia lebih baik di masa hadapan dan yang berjaya jangan kejajayaan itu sebagai jalan yang mudah untuk menuju ke arah kehidupan yang sempurna, perjalanan ini masih jauh, jika dalan pejalanan yang jauh ini kita lalai maka kekecewaan yang akan anda merasainya.

Monday 21 March 2011

KATA - KATA HIKMAH

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna

Sunday 20 March 2011

TIADA DUKA YANG ABADI

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Tiada Duka Yang Abadi

Opick - Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malamkan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidupkan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindu tanda cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malamkan berakhir, harikan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba Mu ini
Harap ampunkan hamba Mu ini

Thursday 17 March 2011

assalamualaikum

setelah lama diri ini leka baru sekarang saya diberi ilham untuk terbitkan blog ini. kemudah internet yang diberikan dapatlah saya memberi input yang berguna kepada yang menjeguk atau membaca blog yang dibina ini. saya bukan pandai dalam hal-hal penulisan atau ulasan tapi saya akan belajar untuk memahirkanya bak kata perpatah dimana ada usaha disitu ada kejayaan.Biarlah hari ini lebih bari hari semalam jika ada kekurangan pada blog ini bolehlah bagi komen yang membina kepada saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...